Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna
kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit
yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain.
Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata
kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka
selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu
mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan
dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat
ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan
kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa
yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor
kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di
sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya
menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
dipos oleh : Nur Athirah bt Azhari -1B1
No comments:
Post a Comment