Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia
bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan
menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu
lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan
mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony
menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony,
walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa.
Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan
itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak
usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang
menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
dipos oleh : Nur Athirah bt Azhari -1B1
No comments:
Post a Comment