Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri
baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang
Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana.
Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
Si ibu amat sedih.
Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi
berlagu memujuk ibunya.
“Tinggalkanlah
saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah
saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak
ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia
menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi
bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.
Pada pagi
esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa
bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun
semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang
Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa
mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah
mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin
sakti.
Tidak lama
kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan.
Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah
gerangannya?
Bujang
Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya .
Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
“Patik ingin
menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka,”
kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja
istana.
“Silakanlah, beta tiada
halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia
memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka
makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok
cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat
cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang
Terboyoi melutut di kaki mereka.
“Sayalah anak ayah
dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata Bujang
Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis
kegembiraan.
Sultan menjodohkan
Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di
tabalkan menjadi raja.
No comments:
Post a Comment