Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai
sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie
pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan.
Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan
Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe
yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura
berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding
dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa!
Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan
boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah
lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!”
jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu
makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di
dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam
rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan
singa.dipos oleh : Nur Athirah bt Azhari -1B1
No comments:
Post a Comment