Wednesday 5 September 2012


Seloka Rumahtangga

Baik-baik belayar rakit
Jangan sampai putus tali nya
Kasih sayang ku bukan sedikit
Jikalau boleh mati bersama.


Malam ini malam Jumaat
Elakkan gaduh dan marah-marah
Sungguh poligami banyak manafaat
Rezeki kan turun mencurah-curah.


Mata melihat kaki tersepak
Tersepak akar kaki berdarah
Rezeki lain mungkin tak nampak
Yang pastinya anak mencurah-curah.


Mata melihat kaki tersepak
Lukanya dalam banyak berdarah
Rezeki lain lambat nak nampak
Sakit pinggang yang kian parah.

ditaip oleh:Nadiah bt mohd zamri

No comments:

Post a Comment