Wednesday 2 May 2012

sajak- apa gunanya

APA GUNANYA

Apa gunanya bicara
jika tuturnya mengundang luka
pada hati yang sedia parah
menanggung beban kecewa
seribu duka terpendam
teramat dalam….
Apa gunanya  memujuk
jika rajuknya sudah berdarah
mengalir tanpa henti
pekat dan merah
hangat memikul sebak
teramat ngeri….
Apa gunanya memohon maaf
jika maknanya sudah tiada
pintanya terlalu kerap
atas kesilapan berulang-ulang
menjadikan ia  pelarian
mainan kata-kata
teramat murah
Apa gunanya kesal
jika segalanya sudah terlambat
tak mungkin berpaling lagi
menyambung suatu kebodohan
kerana yang berlaku
adalah bukti kecuranganmu
teramat nyata….

NUR NAZIFA BT MUHD NIZAL 
1B1

No comments:

Post a Comment