Wednesday, 5 September 2012

Permintaan



Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
di sini aku datang,
duduk melutut
memohon
meminta
agar kau pulangkan kembali hati yang pernah aku beri dahulu

Aku datang,
penuh hormat,
penuh hina
memulangkan kembali sisa hati mu
yang masih ada padaku
setelah kau ragut kembali hati yang pernah kau beri padaku dahulu

Sisa hatimu ini juga
sudah membusuk,
sudah tidak sudi
sudah tidak mahu lagi dia kepada aku

Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
pulangkanlah kembali hati aku
walau bukan dengan penuh hemah
biarlah aku yang datang menyembah
meminta hati ku yang sudah hampir tidak bernyawa
yang sudah buruk penuh parut dan luka
hati aku yang sudah lelah

Walau dulu
kau yang datang dengan penuh cinta
penuh suka
meminta hatiku untuk kau jaga
Biarlah aku melutut di sini,
memujuk meminta hati aku kembali

Wahai engkau yang pernah aku panggil cinta
Pulangkanlah kembali hatiku
biar aku rawat lukanya,
biar aku hilangkan parutnya

Kerana
Tidak aku mampu hidup tanpa hati
untuk aku pergi mencari
Cinta Tuhanku yang lebih abadi


dipos oleh : Nur Athirah bt Azhari - 1B1

nafsu-serakah


bila dicumbui nafsu
dingawan serakah
tumbang-lah dia
yang meng-ikut perasaan
tanpa dapat melawan
bagai tumbang pahlawan silam
tanpa memegang keris kuasa

tika nafsu membunuh hati
serakah dan perasaan bertakhta
membulat-besarkan titik hitam
mencemari bebola darah merah
hingga tiada lagi halal-haram
waras akal dirasuk pergi

lantas; merebah atas sendiri
dikaki neraka
dipimpin Durjana-Jahanam
musuh sekalian alam

dipos oleh : Nur Athirah bt Azhari - 1B1

Tuesday, 4 September 2012

KEUNIKAN ALAM CIPTAAN TUHAN

ALAM DIJADIKAN OLEH TUHAN UNTUK KEMUDAHAN DAN KEGUNAAN MANUSIA . MANUSIA MERUPAKAN KEJADIAN TERISTIMEWA BERBANDING DENGAN MAKHLUK LAIN YANG DICIPTA OLEH TUHAN . MANUSIA HANYA SATU DARIPADA JUTAAN JENIS DAN SPESIES MAKHLUK  HIDUP LAIN  . TUHAN MENGANUGERAHI MANUSIA DENGAN ANGGOTA YANG TERSUSUN RAPI DAN WAJAH YANG MENARIK .




DITAIP OLEH , NAVEDASHINI .................

BERBUDI BAHASA AMALAN HIDUP MAASYARAKAT KITA

MALAYSIA TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT BERBILANG KAUM . SETIAP KAUM MEMPUNYAI BUDAYA DAN ADAT RESAM YANG TERSENDIRI . NAMUN BUDI BAHASA TETAP MENJADI AMANAH PENTING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN . INI DAPAT DILIHAT MELALUI CARA SETIAP KAUM MEMBERI SALAM SEBAGAI TANDA SETIAAP KALI BERTEMU .



DITAIP OLEH , NAVEDASHINI .

 

TOLERANSI TERAS KEAMANAN ....

SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI KEBOLEHAN , PEMIKIRAN , DAN BUDAYA YNG BERBEZA . DI NEGARA KITA , KAUM MELAYU , CINA , INDIA DAN SUKU KAUM LAIN MEMPUNYAI AGAMA , KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM YANG BERBEZA . TOLERANSI ADALAH KEUPAYAAN SESEORANG UNTUK MENERIMA SETIAP PERBEZAAN INI . DENGAN MENGAMALKAN SIKAP TOLERANSI , KITA BOLEH MENYESUAIKAN DIRI DALAM PELBAGAI PERSEKITARAN DAN SITUASI .........



DITAIP OLEH , NAVEDASHINI

PILIHAN BIJAK

DALAM KEHIDUPAN , KITA SERING BERHADAPAN DENGAN SITUASI YANG MEMERLUKAN KITA MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK . TERDAPAT BERBAGAI BAGAI CARA DAN TEKNIK YANG DAPAT MEMBANTU KITA MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK KHUSUS DALAM MENYELESAIKAN SESUATU KONFLIK SAMA ADA DALAM DIRI SENDIRI ATAU ANTARA DUA PIHAK .........




DITAIP OLEH ., NAAVEDASHINI

keistimewaan setiap manusia


SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEUNIKAN YANG DIKURNIAKAN OLEH TUHAN  . KITA HARUS BERSYUKUR KEPADA TUHAN YANG MEMBERIKAN KITA KELEBIHAN TERTENTU . KITA HARUS MENGGUNAKANYA DENGAN SEBAIK BAIKNYA MUNGKIN UNTUK DIRI , MASYARAKAT , DAN NEGARA .


DITAIP OLEH , NAVEDAASHINI