Wednesday, 11 April 2012

sinopsis pak pandir sakti

Dalam hikayat klasik terdapat hasil sastera yang dikenali sebagai sastera rakyat. Sasterarakyat terdiri daripada cerita binatang, cerita lagenda, cerita jenaka dan banyak lagi.Cerita Pak Pandir termasuk dalam cerita jenaka. Cerita jenaka mempunyai ciri-ciri sepertimempunyai perwatakan yang terlalu bodoh atau terlalu pintar, mempunyai unsur kebetulan dalam sesebuah cerita, kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita sendiri sertamempunyai kata-kata yang melucukan. ini adalah mengisahkan kehidupan sepasangsuami isteri. Si suami bernama Pak pandir dan si isteri bernama Mak Andih. Pak Pandir seorang yang bodoh dan malas bekerja.maka Mak Andih menyuruhna untuk memotong semua kayu-kayu di kebun tetapi Pak Pandir tidak membuatnya malah jika perutnya lapar dia akan makan apa yang dibekalkan kepadanya.
   Pada suatu hari, Mak Andih telah mengetahui bahawa dia tidak membuat kerja..Maka Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir untuk pergi menukah.begitulah dia mendapatkan hasil saktinya dan membawa pulang pelbagai jenis tangkapan.. bukan sahaja ikan bahkan dia telah membawa pulang landak , ular , ikan dan sebagainya..


Dipos oleh : Nur Athirah bt. Azhari - 1B1

Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook




Post by:Siti asma mansor
Sumber:http://www.blogger.com/blog-this.g?n=Hukum+Wanita+Letak+Gambar+Di+Facebook&source=youtube&b=%3Ciframe+width%3D%22459%22+height%3D%22344%22+src%3D%22http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fembed%2FTXK_B-thLVc%3Ffs%3D1%22+frameborder%3D%220%22+allowfullscreen%3E%3C%2Fiframe%3E&eurl=http%3A%2F%2Fi1.ytimg.com%2Fvi%2FTXK_B-thLVc%2Fhqdefault.jpg

SUBHANALLOH "KISAH NYATA"




Dimuatkan oleh:Siti Asma mansor
http://www.blogger.com/blog-this.g?n=SUBHANALLOH+%22KISAH+NYATA%22&source=youtube&b=%3Ciframe+width%3D%22459%22+height%3D%22344%22+src%3D%22http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fembed%2F_djQ27hDs5o%3Ffs%3D1%22+frameborder%3D%220%22+allowfullscreen%3E%3C%2Fiframe%3E&eurl=http%3A%2F%2Fi4.ytimg.com%2Fvi%2F_djQ27hDs5o%2Fhqdefault.jpg

cerita-pemotong kayu yang jujur


Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...


NUR NAZIFA BT MUHD NIZAL  IBI
DIAMBIL DARI --  http://ceritakanak2.blogspot.com/

Adele - Set Fire To The Rain Music Video - With Adele Impersonator

Please enjoy our version of Adele's Set Fire To The Rain, starring Michelle Meredith as Adele. 
Directed By Andrew Vallentine - http://www.andrewvallentine.com/
Produced By Brianna Gardner

Often touted as Adele's "gay anthem", Set Fire to the Rain is the latest single off her smash-hit album, 21. The music video portrays a man struggling with his sexuality, while the girl in love with him fights to hold on as everything she thought she knew comes crashing down before her. The song speaks of a foolish love that's so hard to let go. This theme is not uncommon, most of us have been subjected to this type of unrequited love in some way, shape, or form. Whether gay or straight, single or taken, if you have not experienced this kind of pain, consider yourself one of the lucky ones. 

Please enjoy our version of Adele's Set Fire To The Rain, starring Michelle Meredith as Adele. 
©2011 XL and Columbia 

I do not own the rights to this audio. No Copyright Infringement Intended.

Copyright Disclaimer Under Section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for "fair use" for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing. Non-profit, educational or personal use tips the balance in favor of fair use.

Monday, 9 April 2012

CERITA RAKYAT 3: Sinopsis Sang Kacil dengan Buaya






Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.


Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.


Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.


Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".


Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".


Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".


Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

dipos oleh : Nur Athirah Bt Azhari - 1B1 


Friday, 6 April 2012

Biodata/Latar Belakang Rasululah secara ringkas

Nama Penuh;Muhammad Rasululah Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib
Nama Ibu;Aminah Binti Wahab
Nama Bapa;Abdullah Bin Abdul Mutalib
Tarikh Lahir;12 RabiulAwal(Hari Isnin)Tahun Gajah Bersamaan 20 April Tahun 570 Masihi
Gelaran Semasa Kecil;"Al-Amin"kerana seorang yang sangat amanah
Umur Ketika Berkahwin;25 Tahun
Umur Ketika Dilantik Menjadi Rasul;40 Tahun
Nama Isteri;Khatijah Binti Khurailid
Nama Anak-anaknya;Abdullah
                                  Qasim
                                   Zainab
                                   Umi Kalsom
                                    Ruqayyah
                                    Fatimah
Pekerjaan ;Mengembala Kambing(semasa kecil)Menjalankan Perniagaan(semasa dewasa)
Nama Ibu Susuan;Suwaibah Al-Aslamiah
                             Halimatus Saadiah






Disediakan oleh;;NUR AINA SYIFAA