Tikus Bandar Dan Tikus Desa

Tikus Desa dan Tikus Bandar berasa sungguh gembira kerana dapat berjumpa.Pada paginya,Tikus Desa mengajak Tikus Bandar memetik buah.Tikus Bandar terjatuh dari pokok kerana dia tidak pandai memanjat pokok.Malam itu,Tikus Desa memasak pai respberi yang lazat untuk dimakan oleh dia dan sepupunya.Tikus Bandar tidak suka pai respberi yang dimasak oleh Tikus Desa kerana rasanya sungguh masam. Dia lebih menggemari makanan yang manis.
Malam itu,Tikus Bandar tidak nenyak tidur di atas katil jerami.Pada keesokkan harinya,Tikus Bandar mengadu kepada Tikus Desa bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Tikus Desa.Tikus Desa faham dengan apa yang dikatakan oleh Tikus Bandar kerana pada kali pertama tinggal di desa pun dia rasa tidak selesa tapi lama-kelamaan dia rasa seperti sudah biasa dengan cara seperti itu.
NUR NAZIFA BT MUHD NIZAL 1B1